Harimau Malaya melakar kemenangan berharga ke atas Thailand selepas menundukkan Thailand 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu malam.<br /><br />Aksi skuad negara wajar diberikan pujian selepas berjaya mengekang asakan bertali arus Thailand bagi memastikan gawang tidak dibolosi.
